selamat datang










Friday, 17 June 2011

Zuckerberg ,Facebook & Dunia.


Salam

Hari ini jikalau kita tidak mempunyai akaun Facebook (Fb) kita akan dianggap ketinggalan zaman dan disifatkan sebagai buta IT. Kewujudannya sejak  7 tahun lalu telah menghadirkan fenomena  di seluruh dunia termasuklah di Malaysia yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 dan mula menerima impak pengaruhnya sekitar penghujung  tahun 2008.   Sehingga kini penggunaan Facebook di seluruh dunia telah menjangkau lebih 400 juta pengguna dan di Malaysia pula seramai 6.2 juta pengguna. Saya masih ingat lagi  saat pertama kali saya membuka akaun Facebook saya sekitar awal 2009 dan setakat kini telah mempunyai rakan seramai 420 orang.

Kehadiran Facebook bagaikan gergasi yang berjaya menelan pengaruh hebat beberapa laman sosial yang lain seperti Friendster dan Myspace yang sebelum ini juga telah mencetuskan fenomena terhadap masyarakat amnya golongan remaja. Hal ini telah menjadikan perintis kewujudannya  meraih kekayaan dalam masa yang singkat  dan  dalam sekelip mata telah berada pada kedudukan  40 tempat teratas dalam senarai bilionair Forbes. Tetapi tahukah anda siapa perintisnya?

Perintis Facebook ialah Mark Zurkerberg iaitu seorang warga Amerika yang berketurunan Yahudi . Beliau telah dilahirkan di White Plains, New york pada 14 Mei 1984 dan dibesarkan di Dobbs Ferry, New York. Beliau merupakan bekas pelajar di Universiti Harvard Amerika Syarikat. Idea mencipta Facebook telah hadir ketika beliau menuntut di sana. Turut bersama beliau mencipta FB ialah rakan-rakan sebiliknya  dan rakan-rakan sekursus sainsnya iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.   

Asalnya Konsep Facebook diambil daripada nama buku yang diserahkan  kepada mereka di sesi awal memulakan pengajian oleh pentadbiran universiti  dan Facebook pada masa itu dicipta hanyalah untuk pelajar di universiti tersebut namun selepas mendapat maklumat balas yang positif ianya telah disebarkan di beberapa pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat.  

Kemudian Facebook mula diperluaskan dan dibuka kepada orang awam dan penggunaanya ketika itu hanya dihadkan kepada golongan belia sahaja namun lama-kelamaan laman social ini mula di buka kepada mereka yang berumur 13 tahun ke atas. Namun mereka yang ingin menyertai Facebook mestilah mempunyai akaun email yang sah dahulu. Responnya Facebook telah mendapat  sambutan yang baik daripada pelbagai peringkat usia serta latar belakang  termasuklah penyertaan daripada golongan kenamaan. Hal ini kerana ramai orang yang tertarik dengan banyak kemudahan serta menyediakan pelbagai aplikasi pilihan untuk penggunanya.

Antara yang ditawarkan, pengguna boleh menambah atau mencari rakan, saling menghantar mesej, ruang sembang, pengiklanan, permainan, informasi terkini serta mengemasikini profil peribadi pengguna sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu pengguna juga boleh menyertai pelbagai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah atau kolej.

Pada tahun 2005 Facebook telah menggunakan domain Facebook.com yang di beli dengan harga AS$ 200,000. Seterusnya Facebook terus berkembang ke seluruh dunia  apabila pada tahun 2007 syarikat gergasi perisian Komputer Amerika Syarikat, Microsoft  telah membeli 1.6% pegangan saham dalam Facebook iaitu bernilai  AS$ 240 juta ( RM849 juta) .  Pendapatan Facebook terus meningkat apabila Firma kewangan Goldman Sachs pula telah melabur sebanyak AS$ 291 juta ( RM1.4 bilion). Selain pada tahun 2009 saham Facebook turut di beli oleh syarikat internet Rusia iaitu Digital Sky Technologies dengan melabur sebanyaj  AS$ 200 juta (RM 716 juta). Jumlah pelaburan- pelaburan yang besar inilah telah menjadikan Facebook lebih bernilai daripada Yahoo!, eBay dan Time Warner.

Meskipun kejayaan Facebook ini turut di sertakan dengan pelbagai cabaran seperti penolakan laman web sosial ini di beberapa Negara di Asia seperti China, Paskitan, Syiria dan Vietnam serta larangan penggunaanya di kebanyakan  tempat kerja di seluruh dunia kerana dikatakan memberi pengaruh buruk terhadap pretasi pekerja yang menggunakannya pada waktu bekerja. Malah bukan itu sahaja , Facebook juga pernah disaman oleh beberapa individu berpengaruh kerana mendakwa Facebook telah mencabuli keselamatan, hak cipta, dan privasi individu. Namun itu sedikit pun tidak melunturkan semangat perintisnya Mark Zurkeberg untuk terus memajukan syarikat webnya itu. Walaupun pada Mac 2011 ada khabar angin mengatakan beliau ingin menutup laman social berkenaan berikutan luhannya yang menyatakan Facebook kini diluar kawalan dan beliau dalam tekanan namun akhirnya beliau menafikan dakwaan itu dan Facebook terus menjadi laman sosial yang popular dan terkaya sehingga hari ini.

Thursday, 9 June 2011

Cara Melatih Diri Mencapai Matlamat.

Salam.

Semua orang mempunyai matlamat untuk mencapai kejayaan dalam hidup tetapi bagaimana cara kita hendak merealisasikan matlamat kita?Berikut adalah latihan bagi menolong kita merancang tindakan yang perlu diambil dalam mencapai matlamat.
  • Nyatakan dengan terang dan jelas matlamat yang kita ingin capai dalam masa enam bulan akan datang.
  • Mengapakah kita ingin mencapai matlamat tersebut?
  • Jika kita Berjaya mencapainya apakah kebaikan yang kita perolehi? Ganjaran untuk keluarga kita umpamanya .
  • Apakah risiko yang ada dalam mencapai matlamat ini.
  • Apakah pencapaian matlamat ini akan menyumbang kearah pencapaian matlamat jangka panjang?
  • Apakah yang kan terjadi sekiranya kita tidak berjaya dan apakah alternatifnya.
  • Apakah rintangan yang bakal dihadapi dalam menjayakan matlamat ini? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya.
Setelah kita mengemukakan pelbagai pertanyaan seperti yang dinyatakan, maka kita akan mendapat gambaran yang jelas untuk merancang strategi bagi mencapai matlamat tersebut.

Kita mesti jujur pada diri sendiri apabila mencapai matlamat . Tidak guna mempunyai matlamat yang terlalu tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu mencapainya . Janganlah jadi seperti kata orang “ nafsu besar tenaga kurang” atau “ suara naga berjalan semut”.

Kita mesti ukur kemampuan diri, menilai strategi  kita dalam berusaha sedaya upaya mencapai matlamat tersebut.

Tuesday, 7 June 2011

PANDUAN MEMANFAATKAN PERCUTIAN.

Salam

Sempena musim cuti sekolah dan  cuti semester  ini saya nak kongsi pembacaan saya tentang panduan memanfaatkan percutian.
Panduan memanfaatkan percutian.
·        Dapatkan buku panduan umum mengenai lokasi menarik negeri yang hendak dikunjungi.

·        Buat kajian mengenai tempat yang bakal dilawati.

o   Sebelum pergi bercuti ke tempat idaman , adalah lebih baik untuk meninjau sedikit maklumat mengenainya.
o   Ketahui lokasi menarik unstuck dilawati, harga serta pengangkutan awam yang boleh digunakan di sana kelak.
o   Untuk mendapat maklumat yang lebih baik anda boleh melayari ke laman http://www.malaysia-homestay.com.

·        Jangan pakai perhiasan yang mahal
o   Memakai barangan kemas ketika bercuti perlu dielakan sama sekali.
o    Bercuti sepatutnya bukanlah tempat sesuai untuk menggayakan barangan hiasan yang anda miliki.
o   Hal ini kerana bimbang pula perkara yang tidak diingini seperti rompakan dan ragut berlaku.
o   Oleh itu simpan sahaja barang kemas di rumah supaya keselamatan anda lebih terjamin.

·        Bekongsi pengalaman dan saat manis bersama.
o   Percutian bersama keluarga adalah saat unstuck menghabiskan masa dan saat terindah bersama ahli keluarga tercinta.
o   Bagi kebanyakan orang, inilah masa yang paling sesuai unstuck menghabisakn  masa bersama ahli keluarga tanpa terikat dengan mana-mana urusan kerja seperti.
o   Oleh itu gunakan masa yang ada semasa bercuti ini dengan berkongsi cerita menarik contohnya jika anda seorang bapa anda boleh bercerita tentang lagu kegemaran anda ketika zaman kanak-kanak kepada anak anda.

·        Bawa bekas penyejuk atau cooler
o   Isikan dengan minuman ringan seperti  jus tetapi elakkan minuman soda.
o   Hali ni kerana soda bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak, malah boleh membuatkan mereka hiperaktif dan ini akan menyebabkan anak kerap ke tandas dan akan menyusahkan ibubapa.

·        Bawa bekalan makanan
o   Beli barangan makanan yang berkhasiat sekurang-kurangnya sehari sebelum perjalanan sebagai bekalan.

·        Bawa peralatan tambahan seperti alat kelengkapan berkelah.
o   Sediakan peralatan untuk berkelah seperti pinggan kertas, sudu plastic dan tikar supaya anda boleh berhenti di mana-mana wakaf untuk berehat sambil makan.

·        Paling penting Relaks.
o   Anda seharusnya relaks dan gembira sepanjang percutian.
o   Jangan tambah tekanan dengan merancang terlalu banyak aktiviti dan tempat untuk dikunjungi .
o   Pastikan jadual yang dirancang tidak merimaskan, khususnya mereka yang mempunyai
Anak kecil.

Saturday, 28 May 2011

Tips berkaitan senaman

 Salam

Entry kali ni nak kongsi dengan anda semua pembacaan saya tentang tips2 melakukan senaman.

Semua orang pasti ada alasan tersendiri mengapa mereka perlu melakukan senaman dan alasan utamanya mestilah untuk menjaga kesihatan  namun ada juga daripada kita  melakukan senaman dengan alasan yang negatif seperti hanya melakukan senaman kerana merasa diri gemuk, melakukan senaman supaya dapat makan  semua makanan kegemaran mereka, bersenam untuk menghilangkan stress, kerana sukar tidur dan melakukan senaman untuk mencantikan badan.

Alasan seperti diatas sememangnya relevan dan positif pada padangan pertama tetapi ianya boleh bertukar menjadi negatif jika anda terus menggunakan  untuk melakukan senaman. Sebagai contohnya jika anda melakukan senaman kerana anda merasakan diri anda gemuk kemudian untuk mengatasi masalah ini anda akan bermati-matian melakukan senaman selepas makan dengan banyak dan jika berpegang pada alasan ini ianya hanya menyeksa diri anda.

Alasan yang lebih baik ialah mungkin anda perlu bersenam supaya anda merasa lebih sihat dan bertenaga. Jangan sesekali memaksa tubuh anda dengan melakukan senaman yang berlebih-lebihan.

Oleh itu  untuk melakukan senaman kita perlu mempunyai alasan yang lebih positif. Apa yang anda perlu lakukan ialah fokus pada senaman yang rutin supaya anda mampu merasa cergas dan meningkatkan kualiti  kesihatan. Gerakan tubuh anda dengan positif adalah cara membakar kalori dengan aktif. dengan cara ini akan membatu anda mendapat tubuh badan yang diidamkan.

Berikut ada beberapa tips berkaitan senaman yang saya ambil daripada sebuah rencana kecergasan di dalam majalah iSIHAT keluaran Mei 2011.

 Tips Berkaitan senaman.

1. Berfikiran yang positif ketika bersenam penting bagi mendapatkan hasil yang diidamkan.
2. Ambil makanan yang berkhasiat dua jam sebelum memulakan senaman, ia penting untuk menjana tenaga dan merangsang pembakaran kalori dengan cukup efektif.
3. Pakai pakaian yang selesa.
4. Jadikan senaman sebagai rutin kehidupan bagi meningkatkan kecergasan.
5. Pemakanan seimbang memberi anda rasa lebih bertenaga berbanding makanan yang kelihatan enak namun memudaratkan kesihatan.
6. Rehat yang cukup penting untuk menjaga berat badan serta mood yang positif selain membuat anda rasa lebih bertenaga.

Tips ketika bersenam.
1. Gunakan berat atau beban yang anda mampu tiap-tiap kali anda bersenam. Lakukan ia secara berterusan dan latihan ini mampu meningkatkan kemampuan anda secara ansur maju dan meningkatkan kadar matabolisme tubuh,
2. Fokuskan hasil senaman jangka panjang, bukan hanya masa pendek kerana hasil dalam tempoh jangka panjang bakal membuatkan anda kekal sihat sepanjang hayat.
3. Mulakan senaman dengan aktiviti pemanasan bagi mengelak kecederaan.
4. Gabungan antara senaman kardio, aktiviti aerobik dan latihan beban (weight training) sangat efektif untuk pembakaran lemak.
5. Tetapkan jadual senaman anda untuk memudahkan anda merekodkan setiap kemajuan.
6. jangan lakukan senaman dengan tergesa-gesa sebaliknya tumpukan pada bahagian tubuh yang dilatih.
7. Ambil masa sekitar satu jam. empat kali seminggu untuk hasil senaman yang efektif.
8. Rehatkan bahagian tubuh atau otot yang telah anda latih untuk masa 24-48 jam sebelum melakukan senaman yang sama. Ini penting bagi mengelakan anda daripada mengalami sebarang kecederaan kerana kecederaan otot memerlukan masa rehat.

Contoh2 senaman yang di cadangkan.

Isnin
15 minit berjoging diikuti 60 minit latihan untuk kumpulan otot seperti dada ( chest), lengan ( bicep) dan perut (abdominal).

Rabu
15 minit berbasikal diikuti dengan 60 minit latihan untuk kumpulan otot seperti belakang badan (latissimus dorsi), belakang lengan ( tricep) dan perut abdominal).

Jumaat

15 minit aktiviti memanaskan badan dengan menggunakan stair climber/berjoging/berenang atau berbasikal diikuti dengan 60 minit latihan untuk kumpulan otot: betis (calves), bahu ( shaoulder) dan perut ( abdominal)

Ahad

Lakukan aktivit yang berbentuk fizikal seperti berenag selama dua puluh minit ataupun bersiar- bersiar di taman yang boleh membuatkan anda bergerak dengan berjalan kaki, mendaki atau menurun bukit.


TIP: SETIAP 3500 KALORI BERSAMAAN DENGAN 1KG BERAT BADAN . UNTUK MENURUNKAN BERAT 1KG DENGAN CARA YANG SIHAT DALAM SATU MINGGU, ANDA HANYA PERLU MEMBAKAR  500 KALORI SETIAP HARI. IA BERGANTUNG KEPADA SENAMAN DAN PEMAKANAN YANG SIHAT.

Monday, 23 May 2011

Kamera Mikro

Salam
Untuk entry saya kali ini, saya ingin berkongsi berkenaan pembacaan saya tentang kamera mikro. Apa itu kamera Mikro? 

  •  Kamera mikro ini terbahagi kepada dua iaitu kamera digital mikro dan kamera video mikro. 
  •  Kamera ini juga dikenali sebagai kamera intipan.
  •  Kamera ini mampu menyediakan imej dan kuasa rakaman yang mengagumkan. 
  • Saiznya ada yang sekecil wang syiling 5 sen dan yang terbaru ada keluaran kamera ini yang hanya sekecil  partikem garam . 
  • Kualiti rakamannya juga mengagumkan sehingga ada yang dapat mengatasi kamera digital yang biasa yang terdapat dipasaran. 
  •  Kamera mikro ini biasanya banyak digunakan untuk tujuan serius  seperti sebagai alat perubatan, sains kehidupan, professional video dan industri.
  • selain itu, ianya juga digunakan sebagai alat membanteras jenayah, mengelak pencerobohan, memastikan keselamatan dan juga digunakan dalam bidang ketenteraan. 
  • Namun kini penggunaan kamera mikro ini telah dikormesialkan dan boleh didapati dengan mudah dalam pasaran semasa. 
  •  Antara yang boleh didapatkan dipasaran hari ini seperti kamkoder DV mini, kamkoder Mikro dan Camstick 
  •  Uniknya kamera yang berada dalam pasaran ketika ini turut didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti ada yang didatangkan dalam bentuk kunci, pen, jam tangan cermin mata, permainan kanak-kanak dan banyak lagi dengan tujuan utamanya adalah dijadikan sebagai alat pengitip. 
  • So kalau dah berminat nak dapatkan kamera ini  anda haruslah tahu apa tujuan anda untuk memiliki kamera ini . Adakah anda merasakan kamera ini akan memberi rasa yang benar atau rasa yang salah.  Jika anda rasa yang salah maka anda akan memperolehi kamera mikro ini sepertimana yang anda mahukan. 
Kalau nak tahu keluaran2 terbaru kamera mikro ini antara blog yang anda boleh lawati seperti http://hiddencamera-gue.blogspot.com/.

Wednesday, 18 May 2011

Buat Aduan Jika Talian Internet 'Lembab'

Salam

Mesti ada ramai di antara kita yang tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat telekomunikasi dewasa ini yang kebanyakan begitu 'lembab' meskipun kita terpaksa membayar dengan harga yang tinggi.

Menurut sebuah majalah yang saya baca melalui temubual yang telah dibuat majalah tersebut dengan wakil daripada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), mengatakan banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan ini . Antara faktor yang menyebabkan talian internet menjadi lembab ialah kerana beberapa faktor seperti faktor komputer itu sendiri  seperti keadaan ruang cakera keras ( hard disk) yang telah penuh dan penggunaan RAM  ( Random  Access Memory) yang berkapasiti agak kecil juga boleh menyumbang kepada permasalahan ini.

Antara faktor lain yang menyebabkan perkhidmatan talian internet menjadi lembab ialah kerana mungkin perkhidmatan  talian internet yang dibekalkan oleh penyedia rangkaian sesebuah syarikat perhidmatan tersebut.

Justeru bagi memastikan masalah tersebut tidak berlaku kepada para pengguna, TTPM telah  menyarankan orang ramai agar membuat aduan kepada  Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malayasia (SKMM) iaitu sebuah badan induk kerajaan yang juga bertanggungjawab membuat pemantauan dengan semua perkara yang berkaitan dengan talian internet.

Oleh yang demikian , sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan dengan talian internet, anda semua bolehlah membuat aduan secara rasmi kepada SKMM melalui alamat berikut;

BIRO ADUAN PENGGUNA 
SURUHANJAYA KOMUNIKASI 
DAN MULTIMEDIA MALAYSIA
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
Talian Aduan : 1-800-888-030
Faksimili : 03-86881880.

Monday, 16 May 2011

Hari Guru

Salam

Hari ini tanggal 16 Mei genaplah 40 tahun warga pendidik diraikan dalam satu hari yang di sambut saban tahun bagi mengenang jasa dan  pengorbanan mereka. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara” dan bagi sambutan Hari Guru Peringkat  Kebangsaan pula akan bakal di adakan di Sarawak.

Bila sebut hari guru pasti saya akan teringatkan kenangan di zaman persekolahan. Waktu sekolah dulu tidak semua guru yang saya suka dan tidak semua guru pula yang saya tidak suka. Guru yang berpewatakan garang dan tegas mungkin  ramai pelajar  termasuk saya tidak gemari di sekolah manakala guru yang berpewatakan humor ketika mengajar pasti akan menjadi guru kegemaran ramai.  Begitulah waktu di sekolah dulu. Tetapi setelah meningkat dewasa baru saya sedar guru yang garang dan tegas pada saya itulah sebenarnya yang telah berjaya mendidik saya menjadi insan yang berguna pada hari ini. Guru yang selalu memarahi saya dan mengambil tindakan disiplin itulah sebenarnya ikhlas mendidik saya.  Walaupun mereka tahu tindakan mereka itu akan dibenci pelajar namun mereka tetap tegas melaksanakan tanggungjawab mereka.

Memang benar saya rimas dengan guru yang suka membebel sama ada di dalam atau di luar sesi pembelajaran, kadang-kadang apa yang di leterkan tiada bersangkut paut pun dengan subjek yang di ajar. Saya juga tidak suka guru yang  mengambil tindakan disiplin terhadap saya, puncanya kerana datang lewat ke sekolah, ponteng sekolah, bergaduh, pakaian uniform yang tidak lengkap, tiada kekemasan diri dan pelbagai kesalahan yang lain. Walaupun pada dasarnya memang sepatutnya saya di marahi namun itulah pemikiran jumud saya pada zaman persekolahan dulu. Kini baru saya sedari bertapa leteran, nasihat dan tindakan  yang di ambil itulah yang selalu saya ingat sampai ke hari ini berbanding dengan isi kandungan subjek yang di ajar kepada saya. Setiap apa yang saya lalui hari ini pasti saya akan ingat kembali peristiwa guru memarahi saya dan setiap itu jugalah saya mulai sedar bahawa  setiap apa yang diperkatakannya dahulu adalah benar. 

Kegagalan  yang   pernah  saya alami beberapa tahun dahulu telah menyedarkan saya betapa ilmu yang telah di curahkan kepada saya itu tidak akan datang sendiri tanpa adanya usaha dari seorang guru yang mengajar saya.  Apabila kita tidak ambil peduli apa yang disampaikan oleh guru mustahil kita dapat memperolehi ilmu itu dengan mudahnya dan apabila kita mengendahkan apa yang di sampaikan guru akhirnya kegagalanlah yang akan kita perolehi. Itulah yang telah berlaku kepada saya. Dan kini setiap ilmu pembelajaran yang telah diajarkan kepada saya itu sudah tiada gunanya lagi  kerana peperiksaan telah pun berlalu dan tinggalah keputusan yang cukup-cukup makan, itulah akibatnya  kerana tidak endahkan nasihat guru dahulu . Namun  apabila saya mengingati semula leteran, nasihat dan tindakan disiplin guru yang pernah di ambil terhadap saya, ianya yang telah membuatkan saya kembali bangkit untuk mengakhiri kegagalan ini. Saya mula belajar daripada kesilapan yang lalu dan menjadikannya kekuatan untuk menjadi seorang yang mengejar kejayaan.

Berbalik kepada sambutan Hari Guru pada tahun ini, dengan temanya “Guru Menjana Transformasi Pendidikan Negara". Apakah rasionalnya tema ini dan apakah benar guru berperanan dalam mengubah hala tuju pendidikan negara. Jawapan saya mestilah benar, kerana guru adalah penggerak utama dalam pendidikan negara. Kerajaan atau Kementerian Pelajaran hanya membuat dasar atau perancang tetapi yang melaksanakanya mestilah para guru. Kementerian hanya boleh memberi dana seperti mamperbaiki atau menambah kemudahan sekolah serta menyediakan  kaedah pembelajaran dan pengajaran semasa dan sebagainya tetapi jikalau tiada respon atau usaha daripada para guru mustahil agenda pendidikan negara akan tercapai.

 Hal ini  kerana guru adalah penghubung atau penggerak kepada sistem pendidikan yang telah dibuat oleh kerajaan dan akan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk  menyampaikannya kepada para pelajar. Sebagai contohnya jika  dasar kerajaan ingin semula mengunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik ini bermakna guru itu perlulah berusaha meningkatkan semula  kemahiran dan penguasaannya dalam bahasa tersebut tetapi sebaliknya jika tidak berbuat demikian maka apa yang dirancangkan oleh kerajaan pastilah akan menjadi sukar dan gagal.


Kita harus akui tanggungjawab dan fungsi guru harus dipandang tinggi dan iktiraf, bukan sahaja sebagai penyampai  ilmu malah sebagai penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai juga agen perubahan. Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara iaitu dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh serta berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat. Oleh itu kerajaan perlulah memantapkan sistem pendididkan  negara dengan memantapkan efisyen perguruan dahulu, kerana ia akan menjadi sebagai penentu kemajuan dan kemakmuran negara, sekali gus menjadi peneraju dalam membangunkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Tema hari guru pada tahun ini juga adalah selari dengan Program Transformasi Kerajaan yang dalam pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang telah menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan Di Malaysia. Sasaran utamanya adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar. Selain itu Kementerian pelajaran juga dilaporkan telah menggariskan empat perkara sebagai fokus utama sebagai bidang keberhasilan utama iaitu perluasan pra sekolah,  Literasi dan Numerasi ( Linus), Sekolah Berpretasi Tinggi dan Tawaran Baru Pengetua dan Guru Besar.

Menurut akhbar yang saya baca hari ini melaporkan bagi mencapai dasar dan sasaran dalam system pendidikan Negara ini, Kementerian Pelajaran akan  memastikan jasa dan pengorbanan guru akan dihargai dengan menawarkan pelbagai insetif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan yang disalurkan akan dilakukan menerusi pelbagai usaha, malah akan di buat secara menyeluruh tanpa garis sepadan. Contohnya seperti konsep pendemokrasian pendidikan yang sentiasa akan dipraktikan oleh pihak Kementerian untuk membolehkan para guru berpeluang megikuti pendidikan yang berkualiti secara sama adil tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi dan bangsa.Ini semuanya dilakukan bagi memastikan transformasi dalam pendidikan terus berlaku.

Kesimpulannya di sini ialah jelas sekali guru memang memainkan peranan yang besar terhadap pembangunan sumber manusia dan kemajuan negara. Oleh itu adalah wajar jasa dan pengorbanan guru harus kita hargai dengan sebaiknya. Kita perlu ingat penentu kejayaan sesebuah negara itu terletak kepada kualiti sistem pendidikannya dan kita juga perlu sedar berjaya atau tidak sistem pendidikan yang dibuat adalah terletak kepada kredibiliti pelaksananya iatu para guru dan semoga usaha kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme guru akan mengangkat martabat perguruan sekali gus mengangkat juga martabat pendidikan negara. Akhir sekali kepada semua warga pendidik SELAMAT HARI GURU.

Wassalam.

Friday, 13 May 2011

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

Salam

 Tanggal 13 Mei genaplah  42 tahun berlakunya tragedi berdarah  dalam sejarah Negara kita berlaku. Generasi  Y dan Z yang lahir pada hari ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa negara kita pada satu ketika dahulu pernah berlakunya satu konflik perkauman yang dasyat sehingga telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah antara kaum di Malaysia . Peristiwa ini juga dikenali sebagai rusuhan antara kaum 13 Mei1969.

 Sempena ulangtahun berlakunya peristiwa  ini,  saya ingin membawa anda semua untuk menghayati dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam  ini dan adalah bukan niat saya untuk membangkitkan kembali api perkauman yang sejak kebelakangan ini menjadi semakin terbuka untuk diperbahaskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebaliknya saya hanyalah ingin memberi kesedaran kepada kita bahawa jika tali perpaduan kita renggang seperti yang terpahat dalam peristiwa ini saya bimbang kita akan  kembali mengulangi peristiwa yang telah berlaku pada 42 tahun yang lepas.

Jika dilihat  keadaan politik semasa pada hari ini, keadaanya hampir sama dengan keadaan politik 42 tahun yang lepas. Isu-isu yang dimainkan parti-parti politik hari ini semuanya bersuara sumbang yang cuba bermain dengan api. Tiada lagi sikap toleransi antara kaum, tiada lagi cermin perlembagaan sebagai prinsip utama kenegaraan dan cuba pula menidakkan asal usul pembentukan negara sehingga bersedia melanggar  perjanjian kontrak sosial yang telah di bina hampir 54 tahun yang lalu

Hari ini yang berkuasa ingin terus tamak dengan kuasanya  dan yang tiada kuasa pula sanggup memperjudikan bangsanya hanya untuk mencapai cita-cita besar agenda politiknya. Apa sahaja akan dilakukan bagi meraih sokongan daripada rakyat walaupun sedar api yang dinyalakan bakal membakar rumah yang dihuni mereka sendiri.

Oleh itu adalah penting untuk kita mengetahui apa yang berlaku pada 42 tahun yang lepas agar kita tidak sekali lagi membakar rumah yang telah kita bina kembali ini. Kerana bimbang takut-takut tukang yang membuat rumah itu turut terbakar dan  akan bermaharaja pula orang asing membuat rumah baru untuk kita tetapi sayangnya ketika itu kita hanyalah hamba dalam rumah itu.

Pada pandangan saya peristiwa yang berlaku pada tanggal 13hb Mei  1969 ini, sepatutnya harus dijadikan sebagai satu hari yang perlu diperingati oleh rakyat Malaysia, sama juga seperti mana hari-hari penting negara kita yang lain seperti  sambutan Hari kemerdekaan dan  juga Hari Malaysia.  Namun intipati acara sambutannya mestilah berbeza dengan menyambut hari Kebangsaan. Mungkin acara sambutannya  boleh dilakukan dengan secara  simbolik atau cukup sekadar kita bertafakur memperingatinya sahaja sudah mencukupi tetapi ianya perlu dilakukan di peringkat Nasional. Selain itu teks berkenaan peristiwa 13 Mei ini harus dijadikan kandungan dalam buku teks subjek Sejarah dan wajibkan soalan berkenaan peristiwa ini dalam peperiksaan Awam seperti SPM dan STPM bagi kertas subjek sejarah. Hal ini kerana ianya akan membuatkan para guru dan pelajar akan lebih menekankan topik ini dalam pembelajaran mereka khususnya dalam subjek Sejarah ini. Dengan ini pengajaran dan iktibar daripada peristiwa ini dapat disampaikan  kepada generasi muda dengan lebih berkesan.

Berbalik kepada berlakunya peristiwa berdarah ini yang benar-benar telah menjadi titik hitam kepada Malaysia yang sememangnya terkenal dengan kehermonian rakyatnya yang berbilang kaum. Rusuhan yang berlaku pada ketika itu merupakan kemuncak kepada masalah perpaduan kaum yang telah berlaku sejak selepas kemerdekaan lagi. Tragedi ini telah menyebabkan ramai nyawa yang terkorban dan banyak harta benda yang musnah. Punca peristiwa ini berlaku dikatakan ada kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Umum 1969.

Menurut sebuah rencana yang saya baca mengatakan isu-isu perkauman yang menyetuh emosi dan sentimen telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan raya 1969. Keadaan ini telah menimbulkan semangat perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika itu. Semasa berkempen, calon-calon pilihanraya serta ahli-ahli politik terutamanya parti pembakang telah membangkitkan soal-soal sensitive dengan mempertikan hak keistimewaan orang melayu dalam perkara 153 perlembagaan malaysia seperti kedudukan istemewa orang melayu sebagai bumiputra dan juga menyuarakan hak kerakyatan bukan melayu. Hal ini telah membuatkan perasaan tidak puas hati dan syak mengesyaki antara kaum yang terdapat di Malaysia pada ketika itu.

Pada pilihan raya tersebut Parti perikatan yang terdiri daripada parti UMNO, MCA dan MIC telah mengalami kekalahan yang teruk. Parti ini telah kehilangan 23  kerusi yang dipertandinkan iaitu mendapat 66 kerusi berbanding 89 kerusi pada pilihan raya 1964. Dengan itu Parti perikatan hanya mendapat majority mudah unstuck membentuk kerajaan. Manakala  Gabungan parti GERAKAN, DAP dan PPP  pula telah memenangi 25 kerusi dan PAS 12 kerusi.

Keputusan pilihan raya yang diumumkan inilah yang dikatakan menjadi punca berlakunya rusuhan kaum apabila orang melayu tidak berpuas hati dengan sikap parti pembangkang terutamanya penyokong Parti gerakan yang telah secara berlebihan meraikan kemenangan mereka di beberepa kerusi di ibu Negara. Penyokon-penyokong parti GERAKAN yang terdiri daripada orang cina dikatan telah membuat perarakan kemenangan mereka sambil menghina dan mengutuk kekalahan parti UMNO yang terdiri daripada kaum melayu. Mereka dikatakan telah mengadakan perarakan sambil mengikat penyapu pada kenderaan mereka yang membawa maksud mereka telah menyapu bersih semua kerusi dan bakal menyingkirkan orang melayu. Hal inilah yang telah membangkitkan kemarahan orang-orang melayu kerana bagi orang melayu penyapu itu mempunya konotasi yang negatif yang membawa erti sial kepada mereka. Selain itu orang melayu juga tidak boleh terima cara mereka membuat perarakan sambil mencaci dan meludah dari atas lori kearah orang-orang melayu yang berada di tepi2 jalan.

Kemuncaknya pada  pagi 13 Mei 1969 segelintir orang-orang melayu  yang kurang imanya telah mengadakan perarakan balas. Orang-orang melayu telah membawa senjata tajam dan berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu  Datuk Harun Idris  yang terletak di jalan Raja Muda Aziz di Kampung Baru. Datuk Harun Idris telah cuba menenteram orang melayu ketika itu namun ianya tetap gagal apabila pada masa yang sama ada khabar angin mengatakan orang melayu telah di bunuh  oleh orang cina di Setapak yang terletak kira-kira 2km dari situ. Orang melayu yang mula berang dengan berita itu telah mengambil tindakan drastik apabila telah membunuh 2 pemuda cina yang  kebetulan melalui kampong Baru pada masa itu dan kemudiannya mereka telah membakar sebuah van yang dipandu seorang cina pula dan pemandu itu turut di bunuh.Manakala dalam pada masa yang sama pemuda-pemuda cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap cina pula telah bertindak balas dan membunuh ramai orang melayu. Selepas itu keadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua-dua kaum ini saling berbunuh antara satu sama lain.

Pada malam 16 Mei 1969, Negara  telah diisytiharkan darurat dan Parlimen turut dibubarkan dan dalam peristiwa ini di anggarkan seramai 196 orang telah mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9143 0rang telah ditahan.  Tunku Abdul Rahman akhirnya pada taahun1970 melepaskan jawatannya sebagi perdana menteri ketika itu  kerana berasa bertanggungjawab berlakunya peristiwa rusuhan ini.  Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian seperti pengenalan Dasar Ekonomi Baru dan pengenalan Rukun Negara untuk rakyat Malaysia.

Kesimpulannya disini ialah sikap dan mentaliti mereka yang terlibat dalam rusuhan ini haruslah kita jadikan sempadan dalam hidup kita. Apakah rasional tindakan segelintir orang melayu ini yang hanya mengikutkan nafsu kemarahan?? Apakah orang melayu tidak boleh terima kekalahan yang berpunca pada kelemahan diri sendiri?? begitu juga dengan segelintir orang cina ketika itu matangkah cara mereka meraikan kemenangan?? Berpadalah dalam berpolitik, jika terlalu ekstremis perkara2 beginilah yang akan terjadi. Jikalau kita lihat konflik perkauman yang berlaku seperti dalam peristiwa  13 Mei tidak menguntungkan sesiapa pun ibarat kata pepatah " yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu". Sikap kebudak-budakan seperti provakasi yang berlebihan-lebihan harus dielakan jika kita ingin  kedamaian ini kekal. Kematangan berpolitik sewajarnya sudah lama dihidangkan kepada generasi muda, malangnya ramai pemimpin-pemimpin parti politik hari ini yang rata-rata merasai pengalaman 13 Mei ini masih lagi di takuk lama. Apakah kita tidak pernah belajar dari peristiwa ini??

Wednesday, 11 May 2011

Panduan memulakan perniagaan


·         Pertama : Ilmu Pengetahuan
Dalam hidup ilmu adalah satu kemestian! Tanpa Ilmu apa jua perniagaan atau yang bidang yang ingin di ceburi pasti tidak akan menjadi. Oleh itu sebelum memulakan sebarang perancangan perniagaan dapatkan sebanyak mungkin maklumat berkaitan bidang perniagaan yang ingin diceburi sama ada melalui buku,akhbar,internet dan sebagainya.

·         Kedua : Perancangan Awal
‘Sediakan payung sebelum hujan’. Pepatah ini sangat signifikan lebih-lebih lagi kepada mereka yang baru membabitkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam perniagaan, perancangan adalah perkara pokok kerana pada peringkat inilah anda akan mengetahui berapa jumlah keuntungan dan kerugian yang bakal ditanggung, strategi pemasaran SWOT analisis dan sebagainya.

·         Ketiga : Modal
 Setelah rancangan perniagaan Berjaya di siapkan, pasti anda tertanya-tanya bagaimana dan di mana perlu anda memulakan perniagaan yang telah di rancang. Sekiranya modal telah tersedia bila-bila masa pun anda boleh memulakan perniagaan tersebut. Jadi antara sumber kewangan yang boleh anda jadikan modal adalah dengan menggunakan wang simpanan peribadi (jika ada) atau membuat pinjaman melalui bank, keluarga, rakan-rakan atau cuba dapatkan prospek pelabur yang berminat dalam perniagaan anda.

·         Keempat: Lokasi
Buntu mencari lokasi perniagaan? Jangan risau sekiranya anda ingin menjimatkan kos seminumum mungkin anda boleh menggunakan tapak “ http://www” atau dalam bahasa mudahnya laman web. Kelebihan menggunakan metode ini adalah produk atau perkhidmatan anda akan menjadi tatapan jutaan pelanggan. Walaubagaimanapun sekiranya anda memerlukan premis perniagaan antara criteria yang perlu anda pertimbangkan ialah aksesibiliti awam ke premis anda , kemudahan infrastruktur , tempat meletak kenderaan, keselamatan pelanggan dan tarikan2 lain.

·         Kelima : Lesen perniagaan
Setiap perniagaan mesti mempunyai lessen sah berniaga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Untuk mendapatkan lesen berniaga ini anda hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti sijil pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), alamat premis perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang caj perkhidmatan. Tetapi ingat tidak semua permohonan akan diluluskan oleh PBT. Jadi, sebelum anda membuat permohonan pastikan perniagaan anda tidak melanggar akta dagangan PBT.

·         Keenam: Akaun bank syarikat.
Paling utama, pastikan anda memiliki akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat. Ini penting bagi mengelakan wang peribadi bercampur dengan wang syarikat. Sebagai panduan, pilih bank yang berdekatan dengan perniagaan anda kerana ia akan memudahkan urusan perniagaan.

·         Ketujuh : Promosi
Akhir sekali, membuat promosi seperti mengiklankan produk sama ada melalui televisyen, akhbar, laman social, blog, majalah atau lebih mudah buat potongan harga atau menawarkan kad diskaun untuk para pelanggan yang menjadi ahli. Ingat jangan kedekut dalam bab promosi kerana jatuh syarikat bergantung kepada perkara ini.
(sumber: Majalah Jutawan)

Sunday, 8 May 2011

Bendi

Salam .
Sempena hari ibu ini teringat pula saya masakan emak  yang  suka sangat campurkan  bendi  dalam masakan. Kalau masa kecil dahulu hari isnin bendi, hari selasa bendi, hari rabu bendi hari-hari atas meja pun ada bendi. Oleh itu hari ini entry saya adalah mengenai sayur kegemaran saya yang satu ni. Iaitu bendi.  Hmm sayur  bendi??
Bendi adalah sejenis sayur yang begitu popular di Malaysia . Dalam masakan melayu terutamanya dalam  masakan asam pedas, kari, tempoyak dan sebagainya biasanya pasti akan ada campuran sayur bendi dalam masakan tersebut. Selain itu bendi juga gemar dijadikan sebagai ulaman terutamanya dalam kalangan masyarakat kampong.
Bendi memang banyak khasiatnya, kata orang memakan bendi elok untuk perkembangan minda. Mungkin ada betulnya kerana menurut artikel yang saya baca menyatakan bendi mengandungi dua peratus protein, tujuh peratus karbohidrat dan satu peratus serat. Selain itu bendi juga dikatakan kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium.
Dalam bidang perubatan tradisional pula , bendi telah digunakan sebagai alternatif merawat pesakit yang menghadapi masalah penyakit kencing tidak lawas, merawat gonorea, siflis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.
Menurut artikel yang saya baca itu lagi, bendi dipercayai berasal dari Afrika Utara dan kini banyak ditanam di Negara-negara Asean termasuk Malaysia. Ia adalah sejenis tanaman sayur yang berlendir dan mudah ditanam. Hal ini kerana bendi boleh ditanam dalam pelbagai jenis tanah seperti ianya boleh ditanam di dalam tanah gambut, tanah liat, tanah gembur berpasir dan di tanah-tanah lembab sungai yang bersaliran baik.
Kalau anda semua hendak tahu, bahan pemekat yang terdapat dalam sos tomato adalah diperbuat daripada lendir bendi ini. Manakala di india, batang-batang  bendi yang telah tua akan dijadikan sebagai kertas. Manakala  biji-biji yang sudah tua pula akan dijadikan sebagai minuman harian mengantikan kopi.
 Bendi ini memang banyak nilai kormesialnya. Oleh itu jikalau ada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam bidang pertanian,eirfasdhomBlog mencadangkan lebih baik anda menceburi diri dalam  bidang tanaman bendi ini kerana seperti  yang saya katakan tadi ianya merupakan satu tanaman yang mudah.
 Berikut antara tips memulakan perniagaan bendi mengikut satu artikel yang saya baca:
·         Pelajari dahulu teknik penanaman bendi dengan mengikut seminar atau kursus yang sering dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta .
·         Pastikan anda mahir tentang penanaman bendi dan mampu menguruskannya jika berlaku masalah seperti tanaman mati, diserang penyakit dan sebagainya.
·         Sasaran pelanggan perlulah individu yang sesuai seperti peniaga pasar  atau kedai runcit, pemborong dan peniaga restoran.
·         Anda perlu bijak membida harga kerana biasanya pelanggan akan menawarkan harga sangat rendah.
·         Sentiasa peka dengan harga pasaran kerana harga sering berubah-rubah.
·         Perlu banyakkan hasil tanaman pada musim perayaan kerana permintaannya amat tinggi ketika ini.
·         Pastikan hasil tanaman bendi ini berkualiti bersih dan terhindar daripada sebarang pencemaran bahan kimia.
·         Beri layanan mesra ketika berurusan.
·         Sediakan modal dalam anggaran RM 10,000.
Kesimpulannya di sini jika anda ingin sihat dan ingin menjaganya dalam aspek pemakanan? Sayur bendi adalah antara jawapan yang terbaik untuk anda. Dan jikalau anda ingin memulakan perniagaan tani atau minat bertani? Sayur bendi juga adalah antara jawapan terbaik untuk anda menceburi diri dalam bidang ini. Oleh itu, tepuk dada tanya selera. 
Wassalam.

Thursday, 5 May 2011

Pekerja asing (1)


Salam

  Apabila saya  memikirkan entry apa yang ingin saya muatkan dalam blog saya pada kali ini, tiba-tiba saya terfikirkan kenangan saya di tempat kerja lama, ketika bekerja di sebuah Ladang  kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan kampong saya sekitar tahun 2009 . Pada masa itu saya bekerja sebagai  seorang  Penyelia Ladang . Saya pastinya tidak  mungkin dapat melupakan situasi orang-orang di sekeliling saya pada ketika itu. Kebanyakan buruh kasarnya terdiri daripada warga Indonesia dan India. Pada masa itu saya merasakan saya seperti berada di bumi asing saat pertama saya mula bekerja di sana. Namun ianya merupakan satu pengalaman yang menyeronokan buat saya apabila saya dapat berkongsi rasa dengan pekerja-pekerja asing ini. Mereka pada pandangan saya adalah sangat ramah, menghormati orang di sekelilingnya  dan sangat rajin bekerja.

Namun sebenarnya kehadiran mereka ke sini bukanlah sesuatu yang mudah . Ada yang sanggup berhutang dan bergadai  harta benda hanya untuk memulakan langkah mencari sesuap nasi di sini. Kedatangan mereka bukan percuma tetapi mereka perlu membayar sejumlah wang kepada ejen yang menawarkan mereka bekerja di sini.  Menurut seorang pekerja saya ketika itu yang berasal dari India, dia telah menjual tanahnya di India kerana terpaksa membayar wang kepada ejen serta untuk menanggung kos perjalanannya ke Malaysia yang memakan perbelanjaan hampir  RM 10,000 itu tidak termasuk dengan  bayaran Levi yang harus di bayar kepada kerajaan Malaysia . Saya juga masih teringat seorang pekerja saya seorang warga Indonesia yang telah mengadu kepada saya akan nasibnya yang terpaksa berhutang  dengan ceti haram di negaranya hanya kerana untuk menanggung kos serta bayaran kepada ejen yang membawanya ke sini  yang berjumlah hampir RM 1500 hanya untuk datang bekerja di sini. Apabila mereka bekerja di sini bukanlah indah  seperti apa yang dijanjikan oleh ejen mereka itu. Kebanyakan mereka telah di tipu dengan dakwaan bayaran gaji yang lumayan jika mereka bekerja di Malaysia.

Ya, memang benar ada yang menerima bayaran gaji yang tinggi setiap bulan lebih tinggi daripada saya. Saya sebagai seorang penyelia di situ hanya menerima bayaran gaji serendah RM 715.OO tetapi rata-rata  mereka menerima gaji anggaran purata RM 1200,00 sebulan. Namun untuk mereka mendapat tahap gaji yang sebegini mereka terpaksa berkerja tahap kerja yang luar biasa. Mereka terpaksa bangun pagi seawal suboh dan hanya akan pulang kala lewat senja dan tiada cuti hari ahad dalam kamus hidup mereka. Kerja sebagai penggait buah kelapa sawit bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ada buah yang di petik (harvest) adalah gajinya kalau buah tersalah petik bukan sahaja tiada bayaran tetapi mungkin akan dikenakan denda atau di potong gaji. Setiap bayaran buah yang di petik adalah bergantung pada tahap umur pokok buah kelapa sawit itu. Jika buah dari pokok yang berumur 10 tahun kebawah bayaran untuk setandan buah kelapa sawit dalam purata harga 20 sen setandan dan purata berat buah dari tahap umur pokok ini dalam anggaran purata berat 18kg hingga 23 kg setandan dengan ketinggian pokok pada tahap umur ini antara 5 ke 15 kaki tinggi. Saya rasa pada peringkat pokok umur sebegini belum tentu kita atau  belia Malaysia hari ini larat hendak menggait buat kelapa sawit ini dari pagi hingga ke petang. Bayangkan itu baru pokok yang tahap umurnya  kurang dari sepuluh tahun dan bagaimana pula dengan tahap umur pokok yang paling tua yang berusia dalam likungan umur 20 hingga 30 tahun. Pokok kelapa sawit dalam linkungan ini kebiasaanya tinggi dalam 25 ke 35 kaki tinggi dendan purata berat buah 30kg setandan tetapi purata bayaran untuk setandan buah yang di petik hanyalah sebanyak 50 sen setandan. Di ladang tempat saya bekerja dahulu  dalam sebulan pekerja( harvester) akan melalui 3 kali tempoh pengulangan memetik buah ( harvesting ) dan setiap kawasan memetik buah yang di beri kepada mereka biasanya akan ada ketiga-tiga jenis tahap umur pokok yang saya sebutkan diatas. Untuk mendapatkan bayaran gaji yang tinggi mereka terpaksa berkerja dengan kuat. Satu hari seorang harvester akan mengeluarkan  anggaran purata 2 hingga 3 Tan kelapa sawit jika mahu mencapai gaji yang seperti saya sebutkan tadi.

Untuk menggait(harvest) bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Bayangkan atau cuba kita mendongak ke langit selama sepuluh saat sudah cukup menyakitkan bagi kita tetapi bayangkan mereka pula yang saban masa akan begitu sambil memegang galah yang memang berat dan apabila diangkat keatas (bagi pokok umur 30 tahun keatas)  beratnya hampir 10 kg. Bagi pekerja yang baru sampai atau baru memulakan pekerjaan lagilah amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja kekurangan kemahiran untuk memetik buah dengan banyak yang akan menjadikan pendapatan mereka kurang berbanding dengan pekerja ( harvester) yang mahir tetapi gaji awal mereka akan di potong untuk bayaran levi, kos makan yang di tanggung majikan dan bayaran-bayaran lain sehingga ada yang merungut kepada saya yang gaji mereka tidak sampai Seratus ringgit. “ Bagaimana saya hendak makan dan bayar hutang saya kerani?” itulah  antara kata-kata rungutan yang di suarakan kepada saya.

Memang saya sedih apabila mengenangkan nasib pendatang asing ini , saya berasa sungguh bertuah menjadi rakyat di Negara ini. Di sini kita sebagai rakyat Malaysia di limpahkan dengan pelbagai jenis pintu rezeki untuk kita mengintai peluang dan menceburinya. Hari ini kalau kita berhenti kerja dekat sini kalau kita tak suka dan kalau kena caranya dengan mudah kita boleh mendapatkan pekerjaan lain tetapi bagi warga asing ini tidak, mereka bukan perlu mencari kerja sehingaa melangkaui batasan wilayah tempat tinggal mereka malah terpaksa membayar dengan harga yang cukup mahal. Bolehkah kita membayangkan jika kita berada di tempat mereka? Saya juga masih terigat semasa saya bekerja di sebuah kilang sementara menuggu keputusan STPM. Saya hanya menerima bayaran gaji pokok di kilang itu hanya RM 400 dan akan di beri elaun kedatangan sebanyak RM 100  tetapi apabila di potong bayaran KWSP dan PERKESO saya hanya menerima bayaran gaji dalam RM 400 sahaja tetapi bukan  itu  hendak saya ceritakan tetapi moral yang saya hendak sampaikan ialah perbezaan antara sikap saya dengan pekerja-pekerja asing yang majoritinya  bekerja di sana. Kebanyakan pekerja asing ini datang dari Negara Nepal.

Perbandingan sikap yang saya hendak buat ialah tahap kerajinan saya dengan mereka sungguh berbeza mereka sanggup bekerja lebih masa setiap hari dengan mengambil dua syif sekali gus. Bermakna mereka akan masuk kerja pukul 7 pagi dan akan keluar pada pukul 11 malam. Sedangkan saya yang kerja  lapan 8 jam itu ibarat sudah lapan hari bekerja di situ. Memang saya akui bukan sahaja saya tetapi semua belia lelaki seperti saya pasti tidak akan selesa bekerja di kilang. Sudahlah kerjanya seperti robot tetapi gajinya pula sedikit. Mungkin itulah mentality belia yang seperti saya.  Sebaliknya hal ini berbeza dengan warga asing ini, saya perhatikan jarang sekali mereka mengambil cuti sakit apakan lagi ponteng kerja ( AWOL).  Berbanding dengan pekerja tempatan tak perlu saya cerita. Mungkin sebab itu ramai majikan di Malaysia cenderung mengajikan pekerja asing ini kerana ada rasionalnya ada logiknya.

Bayangkan saya hanya mampu bekerja di situ hanya 3 bulan sahaja tetapi mereka pula ada yang bekerja hampir 2 tahun dan berharap sangat kontrak mereka akan di sambungkan. Bagaimana mereka boleh mampu bertahan berbanding saya? Mungkin jawapanya mudah sahaja kerana di bumi meraka daif, mereka terpaksa bekerja apa sahaja asalkan dapat mengisi sesuap nasi. Gaji RM 400 yang diterima mereka sangat bernilai bukan pada diri mereka malah untuk keluarga mereka disana.  Hal ini menunjukan betapa kesusahan yang mereka hadapi dalam kehidupan mereka tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan dan ini sangat berbeza dengan kita di sini. Walaupun hidup kita sesusah manapun, kita masih lagi bukan sahaja mampu mencari sesuap nasi malah 2 kali sehari makan adalah wajib dalam rutin seharian kita. Sebab itu ramai dalam kalangan kita walaupun keluarga kita bukan dalam kalangan orang yang senang pun masih lagi malas untuk bekerja walaupun umur sudah masuk suku abad tetap merasakan di bawah saraan ibubapa. Bagi kita tidak apa, ibu dan ayah ada boleh tanggung kita dan ini mungkin tidak berlaku dengan nasib mereka di luar sana ( pekerja asing). 

Kesimpulannya di sini kita harus mengambil sikap yang baik yang ada pada sisi baik  pekerja warga asing ini, terutama pada golongan belia. Mereka sanggup berkorban nyawa dan harta benda untuk mencari rezeki di Negara kita tetapi sebaliknya cuba kita lihat dengan belia kita  hari ini sudahlah malas berlajar keputusan tidaklah sebaik mana tetapi memilih kerja. Gaji nak 4 angka mengalahkan orang yang ada certificate tinggi . Bila waktu suruh belajar sibuk hendak cari kerja tetapi tiba masa untuk bekerja lain pula kerjanya. Inilah penyakit belia kita hari ini.  Penyakit memilih kerja. Apabila warga asing ramai memenuhi sector perkerjaan Negara mengapa kita mesti melatah atau melenting kalau itu semua berpunca dari diri kita yang memilih kerja???

Tuesday, 3 May 2011

Siapa Itu Osama Bin Laden?

Salam..
Dunia masih lagi segar dengan berita kematian seorang pejuang Militan Islam yang juga di labelkan sebagai pengganas paling dikehendaki di barat. Walaupun masih ramai meragui kesahihan berita kematiannya,  di tambah lagi dengan penyebaran gambar palsu kematianya yang dikatakan pernah di paparkan di internet pada tahun 2009. Namun setakat ini  masih belum ada video mengesahkan Osama masih hidup seperti yang berlaku pada sebelum-sebelum ini selepas sahaja ada dakwaan yang di buat Osama telah mati. Namun ada juga laporan yang mengatakan pihak Amerika telah mengumumkan  Ujian Asid deosirikbonukleik (DNA) memang sah sama dengan Osama Bin Laden meskipun sebelum ini dijangkakan keputusan DNA berkenaan hanya akan keluar dalam tempoh beberapa hari lagi.
Siapa  itu Osama?
  Sepuluh tahun lepas saya mula mengenali  nama Osama Bin Laden. Satu nama yang telah mencetuskan fenomena terhadap dunia dan satu nama yang  telah mencetuskan perkataan Islamofobia  dalam kamus hidup dunia barat ( Amerika dan sekutunya) sehingga melahirkan perasaan gusar masyarakat Barat terhadap kebangkitan dunia arab. Saya lebih suka mengistilahkan konflik yang berlaku ini adalah konflik di antara dua dunia iaitu antara dunia barat dan dunia arab. Mengapa saya tidak mengaitkan dengan dunia Islam sahaja kerana konflik yang berlaku ini hanya melibatkan negara Islam di negara- negara Arab dan adalah tidak wajar mengaitkan dengan Islam secara amnya kerana bukan semua negara dan orang Islam turut terlibat dengan konflik ini. Wujudnya Al-Qaeda, perang di Iraq, perang teluk dan sebagainya semuanya melibatkan negara- negara arab dan campurtangan luar dari barat terutamanya Amerika Syarikat  yang telah menjadikan konflik ini terus berpanjangan.


Berbalik kepada 10 tahun yang lepas, saya merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 13 tahun ketika itu saya langsung tidak mengenali  siapa itu Osama Bin Laden dan saya juga tidak pernah tahu bahawa dua dunia ini saling bersengketa antara satu sama lain. Saya masih teringat semasa peristiwa itu berlaku, dinegara kita pula sedang rancak menganjurkan sukan sea di Kuala Lumpur.  Saya masih teringat lagi berita pertama yang saya dengar mengenai serangan keatas menara berkembar  WTC melalui Berita terkini di Tv 3 yang di siarkan pada pukul 10 malam yang ketika itu telah membuat laporan eksklusif mengenai kejadian berkenaan. Saya yang tiba lewat dikaca tv setelah dipanggil emak hanya sempat mendegar berita itu dengan samar-samar sahaja. Mungkin emak saya merasakan saya masih kecil untuk mengetahui perkara itu, emak saya telah bergurau mengatakan  Menara Berkembar Petronas KLCC yang  runtuh di serang.  Perasaan saya pada masa itu adalah membayangkan apa akan terjadi pada Kuala Lumpur tanpa pemandangan KLCC  yang selama ini menjadi mercu tandanya. Tiada lagi Petrosains yang saya lawati saban tahun apabali mengikuti rombogan sekolah.  Persoalan itu terus saya bawa ke dalam tidur saya sehinggalah keesokan paginya saya terus melekat di kaca TV untuk menonton Buletin Pagi Di Tv3 . Semasa menonton buletin pagi itu baru saya tahu  serangan itu telah berlaku di Menara Berkembar WTC di New York. Video amatur yang ditayangkan menunjukan  4 buah Kapal terbang secara berasingan telah melanggar 2 buah bangunan Menara berkembar tersebut. Bangunan itu akhirnya runtuh.  Saya memang tahu mengenai bangunan berkembar WTC yang bertingkat 55 ini sebab sering ditayangkan sebagai latar belakang penggambaran filem-filem di new York terutamanya dalam  filem-filem Hollywood. Selain itu kejayaan KLCC yang telah mengatasi ketinggian menara tersebut juga telah membuat saya tahu tentang kewujudan menara itu di dunia ini.  Semenjak hari itu berita di seluruh Malaysia memaparkan berita mengenai serangan tersebut samaada laporan harian dan eksklusif  sehinggalah akhirnya pihak Amerika mengesyaki dalang serangan tersebut ialah gerakan Al-Qaeda yang di ketuai oleh Osama Bin Laden  iaitu seorang Anak Jutawan Arab Saudi. Sejak hari itu baru saya mengenali siapa itu Osama Bin Laden.

Sudah lama saya melupakan kewujudan Osama bin Laden namun selepas berita kematiannya semalam saya  cuba kembali mengenali siapa beliau dengan mendapatkan maklumat beliau di internet dan media- media tempatan.  Berikut maklumat yang ingin saya kongsikan kepada anda mengenai latar belakang Osama Bin Laden.  Osama Bin Laden ini telah di lahirkan di Riyadh, Arab Saudi pada 1957. Beliau merupakan seorang daripada 54 anak Mohamad Bin Laden iaitu seorang pemilik empayar pembinaan di Arab Saudi dan hartawan yang mempunyai perkaitan dengan keluarga diraja Arab Saudi. Manakala ibunya pula berasal dari Syria. Osama ini merupakan satu-satunya anak lelaki Mohamad daripada isteri yang ke sepuluh iaitu Hamidal al Attas. Namun mereka telah bercerai dan ibu osama telah mengahwini lelaki lain dan Osama telah dibesarkan oleh ibunya bersama dengan 4 orang adik beradik tiri hasil perkahwinan bapa tirinya yang pertama, Namun pada ketika umurnya 11 tahun Osama telah dipercayai mewarisi kekayaan milik bapanya selepas bapanya Mohamad bin Laden meninggal dunia iaitu pada tahun 1969. Anggaran harta yang telah diwariskan kepada Osama ialah sebanyak AS$80juta ( Rm 236 juta).
 Osama telah dibesarkan  sebagai pengikut wahabi dan telah disekolahkan di sebuah sekolah elit iaitu Sekolah  Al Thanger Model  iaitu selama  lebih kurang lapan tahun antara tahun 1968 hingga tahun 1976. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Universiti King Abdul Aziz dalam jurusan ekonomi dan pentadbiran tetapi ada sumber memberi tahu beliau tidak menghabiskan pengajiaannya sebaliknya beliau banyak melibatkan diri  dengan aktiviti agama dan jihad serta membuat kerja-kerja kebajikan. Sumber lain mengatakan pula beliau telah memiliki  Ijazah Sarjana Muda  dalam pentadbiran awam pada tahun 1981. Selain itu beliau juga dikatakan seorang yang meminati penulisan sajak di masa zaman sekolahnya. Osama kemudian dikatakan  telah berkahwin dengan isteri pertamanya iaitu Najwa Ghanem seawal usia 17 tahun. Perkahwinan itu telah dilakukan di sebuah tempat di Latakia. Sehingga  tahun 2002, Osama telah dikatakan  pernah berkahwin empat kali dan mempunyai kira-kira 25 orang anak yang berusia antara 12 hingga 24 tahun.
Penglibatan Osama dalam kumpulan ekstrimis dikatakan bermula pada sekitar 1973 iaitu ketika zaman persekolahannya lagi. Sisi sebagai pejuang agama dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di Kampus lantaran kecenderungannya yang suka berdebat. Dan turut mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang mengijak usia 22 tahun telah menjadi semakin berani. Osama telah dipercayai mengwujudkan rangkaian dengan kumpulan ekstrim muslim dan mengembangkan empayarnya menerusi perniagaan pembinaan. Detik itu bermulal ketika beliau menyertai  Abdullah Azam . Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di negaranya. Bermula pada 26 Disember  1979 tentera Soviet telah menawan Afghanistan  dan bertahan selama tempoh sepuluh tahun. Dalam tempoh inilah  generasi radikal islam termasuk Osama telah  muncul. Kemuncaknya pada tahun 1984 osama telah berhijrah ke Afghanistan untuk berjihad menentang pasukan tentera Soviet. Di sana beliau memberi bantuan kewangan dan mengetuai 20,000 pejuang Islam yang di rekrut di seluruh dunia. Empat tahun kemudian Osama dipercayai telah menubuhkan  Al-Qaeda. Apabila  Solviet mengundurkan tenteranya dari Afghanistan pada 1989, Al-Qaedah telah menjadi rangkaian kumpulan pelampau Islam dengan keanggotaan  di antara  35 hingga 60 buah Negara serta beribu pejabat di Afghanistan. Pada Perang Teluk 1991, Osama telah mengisytiharkan jihad menentang Amerika Syarikat yang melancarkan perang terhadap Iraq yang telah menawan Kuwait ketika itu. Pada masa itu Osama membantah tindakan Amerika yang menempatkan tenteranya di Arab Saudi kerana baginya Arab Saudi adalah tanah kelahiran dan  tanah suci umat Islam. Namun tindakannya itu telah menyebabkan Pasportnya di gugurkan dan baliau telah di buang negeri  oleh negara kelahirannya Arab Saudi kerana tindakannya yang juga menyokong kumpulan pelampau islam di Mesir dan Algeria pada tahun 1992. Beliau kemudian menetap di Sudan  dan pada tahun 1994 Osama telah dilucutkan taraf kewarganegaraannya oleh Negara Arab Saudi kerana beliau mengeluarkan Fatwa mencela Amerika dan keluarga di raja Arab Saudi.

Osama bukan hanya menjadi buruan Amerika sejak peristiwa 11/9  tetapibeliau juga pernah di senaraikan sebagai 10 pelarian yang paling di cari dan pengganas yang di kehendaki ekoran penglibatan Osama dalam pengeboman Kedutaan Amerika pada tahun 1998.  Selain itu beliau juga pernah di dakwa sebagai dalang kepada komplot untuk  membunuh Presiden Mesir Hosni Mubarak pada tahun 1995. Namun kemuncak kemarahan AS  terhadapnya sudah pastilah dengan penglibatan Osama dalam serangan ke atas WTC di New  York  yang mengorbankan 2973 orang dan 24 disahkan hilang. Laporan Pentagon menyebut serangan pada 11 September  itu di lakukan oleh 19 orang beragama Islam.  Menerusi video berdurasi 18 minit yang di siarkan oleh TV Al Jazeera pada tahun 2004 Osama dengan nada bersahaja berkata: “ Setelah saya melihat kemusnahan menara-menara di Lebanon, saya tiba-tiba terfikir untuk menghukum Amerika denga cara begitu. Saya hendak AS merasakan apa yang dirasakan oleh rakyat Lebanon. Sementara itu pada 23 Mei 2006 menerusi saluran yang sama , Osama dengan telah mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.
 Selepas daripada itu dalam tempoh 10 tahun di bawah 3 pemerintahan Presiden dari zaman Clinton, Bush dan Obama  pelbagai usaha telah di lakukan AS untuk memberkas Osama tetapi tidak berhasil. Pelbagai tawaran yang lumayan pernah di tawarkan semasa pemerintahan Presiden Bush seperti menawarkan $50Dolar juta kepada sesiapa yang membantu member maklumat tempat persembunyian Bush. Bukan itu sahaja malah sebelum ini ada beberapa kali Osama Bin Laden telah di laporkan mati tetapi  kemudian Osama akan muncul dengan video terbaru seperti pada tahun 2006  dimana ejen-ejen perisik Perancis  melaporkan Osama telah mati pada 23 ogos tahun itu kerana  akibat demam kepialu  dan kegagalan buah pinggang berfungsi. Namun selepas itu Osama muncul di TV melalui video yang di buat di tempat persembunyianya  menyatakan beliau masih hidup. Begitulah kelicikan Osama, sehingga menjadi individu yang paling sukar di kesan oleh A.S meskipun pun negara itu kaya dengan pelbagai teknologi baru. Namun berita kematian semalam benar-benar memberi tamparan hebat kepada gerakan Al-Qaeda jika benar Osama yang di bunuh dalam serangan semalam.

 Akhir sekali, Pada pandangan saya  dunia di saat ini masih lagi sebenarnya meragui tentang berita kematian Osama ini selagi tiada pengesahan daripada pihak AL-Qaeda. Gambar yang dikeluarkan di laman-laman Blog sebelum ni masih di ragui kebenaran  dan keasliannnya kerana ada gambar yang seperti telah di edit daripada  gambar asal Osama. Turut menjadi persoalan ialah cara pengebumian Osama yang telah di semadikan  di laut yang menjadi persoalan kepada kita seolah-olah pihak Amerika ingin menghapuskan bukti fizikal . Jika benar Osama telah disemadikan di laut mengapa tiada bukti video pengebumian Osama di tunjukan??  Adakah ini konspirasi Amerika untuk menanti kemunculan Osama yang sekian lama menghilang????  Tetapi jika benar Osama telah mati seperti di umumkan Obama semalam sudah pasti sekarang dunia barat terutamanya Amerika Syarikat akan dihantui bayangan serangan balas yang mungkin akan di lakukan gerakan Al-Qaeda.
Loading...