selamat datang










Friday 29 April 2011

Francais


Sejak kebelakangan ini mungkin ramai di antara kita pernah mendengar tentang perniagaan secara francais dan ramai juga yang tertarik dengan perniagaan ini kerana ianya sering di uar-uarkan  sebagai satu perniagaan yang mudah dan mampu mendatangkan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya  tetapi sejauh mana pengetahuan anda  tentang konsep sebenar  system perniagaan francais ini. Sebagai penulisan pertama saya dalam blog ini saya akan berkongsi dengan andal apa itu perniagaan francais berdasarkan pengalaman pembacaan saya.
Apa itu fraincas?
Definisi francais mengikut tafsiran di bawah Akta Francais 1998 adalah satu perniagaan yang dikendalikan mengikut system yang ditetapkan di mana satu bentuk pemasaran atau pengagihan syarikat induk member kebenaran , hak  atau keistimewaan kepada seseorang individu atau bagi menjalankan peniagaan mengikut tatacara yang ditentukan syarikat induk dalam jangka masa tertentu dan pada lokasi yang ditetapkan .
Dengan kata lain francais adalah perkongsian peniagaan di antara pemilik produk dan pelabur. Di mana pemilik  produk  (francaisor) akan menyediakan produk dan system  perniagaan. Manakala , pelabur  (francaisi) akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan membuat pembayaran dalam apa jua bentuk imbalan kepada pemilik produk atau syarikat induk.
Untuk terbabit dalam perniagaan fraincas ini anda perlulah berdaftar dengan bahagian Pembangunan Francais, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan  (KPDNKK). Untuk memudahkan pemahaman anda  berikut  adalah terma yang digunakan dalam sistem perniagaan ini.
·         Sistem perniagaan di kenali sebagai Francais
·         Pemilik produk dikenali sebagai fraicaisor
·         Pelabur dikenali sebagai francaisi
·         Francaisi induk adalah orang yang diberikan hak oleh francaisor memberi sub-francais kepada orang lain.
 Syarat-syarat nak jadi francaisor ?
·         Produk yang hendak difrancaiskan telah kukuh dan ditrima ramai.
·         Dilengkapi dengan buku panduan atau manual operasi yang terperinci.
·         Bersedia menyediakan program latihan yang lengkap dan berterusan.
·         Memiliki system perakaunan yang seragam
·         Menyediakan khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesuaian lokasi.
·         Menyediakan khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk.
·         Menyediakan perkhidmatan berkualiti dan seragam
·         Mempunyai perancangan perniagaan yang meyeluruh.
Syarat- syarat nak jadi francaisi ?
·         Berstatus bumiputra
·         Merupakan individu atau permohonan daripada syarikat boleh di pertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70 peratus ekuiti syarikat dipegang oleh pemohon.
·         Pemohon perlu membiayai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kos projek tanpa melibatkan pinjaman kewangan.
·         Perniagaan akan dijalankan di premis atau lokasi yang sesuai  dan strategik.
·         Pemohon mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh  sekurang-kurangnya 3 tahun.
Syarat menjadi francaisi induk
·         Badan korporat Bumiputera atau syarikat bertaraf Bumiputera atau syarikat bertaraf bumiputra atau individu Bumiputra.
·         Berkeupayaan menyediakan modal yang diperlukan
·         Mematuhi peraturan dan cara pengurusan yang ditetapkan oleh francaisor.
·         Bersedia membimbing bakal francaisi da masa hadapan
·         Lain-lain syarat yang ditetapkan di bawah syarat-syarat penyertaan sebagai francaisi.

Kebaikan kepada Francaisi
·         Risiko perniagaan yang lebih rendah
·         Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang telah diketahui dan diterima orang ramai
·         Promosi atas tangungjawab francaisor
·         Bimbingan pengurusan peniaagaan yang lebih cekap
·         Khidmat sokongan yang berterusan daripada francaisor, agensi kerajaan dan institusi kewangan

Kebaikan kepada francaisor
·         Peluang meluaskan rangkaian perniagaan tanpa perlu mengeluarkan modal sendiri
·         Faedah ekonomi bidangan
·         Risiko dalam perniagaan adalah tanggungjawab bersama fraicasi
·         Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
·         Mendapat maklum balas peniagaan yang luas
·         Lebih tumpuan kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D)

No comments:

Post a Comment