selamat datang










Saturday, 30 April 2011

Ebook



Salam sejahtera,
Saya ingin mengucapkan selamat hari buruh kepada semua pembaca blog saya.  Untuk entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang ebook. Apa itu ebook???

   Penggunaan  buku elektronik atau lebih dikenali sebagai ebook bukan lagi sebagai bahan bacaan alternatif tetapi ianya semakin banyak digunakan sebagai bahan bacaan utama  pada hari ini.  Ebook yang di datangkan dalam pelbagai jenis dan format dengan menggunakan bantuan peranti digital untuk mengaplikasikannya adalah sesuatu  yang sangat mudah diperolehi pada hari ini iaitu dengan hanya  membeli atau memuat turunnya sahaja  daripada internet.  Jika dahulu tidak ramai yang membeli dan membaca buku dalam format digital. Namun perubahan itu boleh dilihat dengan ketara lebih-lebih lagi semenjak Amazon.com memperkenalkan Kindle eReader di tahun 2007.


Pasaran eReader sememangnya melonjak naik sejak pengguna mengenali ebook dan dokumen digital. Ia menawarkan akses segera kepada pelbagai pilihan bahan bacaan seperti Buku, majalah surat khabar dan suapan berita yang boleh dicapai  menerusi peranti elektronik  yang menyokongnya.  Bagaimanapun masa berubah dan kemunculan peranti seperti Blackberry, Android, Smartphone dan Tablet PC memberi cabaran besar buat pasarn eReader kindle.  Ramai pengguna kini memilih peranti yang menawarkan fungsi multimedia, hiburan kerja dan social serta ebook itu sendiri  contohnya yang cukup popular pada hari ini seperti Apple iPad. Kehadiran pelbagai jenis peranti elektornik ini telah meningkatkan penggunaan ebook dalam masyarakat dunia hari ini.


Penggunaan dokumen digital seumpama ebook mempunyai kelebihan tersendiri  dan perkara inilah yang menyebabkan Ramai masyarakat dunia hari ini cenderung memilih ebook sebagai bahan bacaan mereka mengantikan penggunaan buku secara fizikal. Bayangkan dengan penggunaan ebook  kesemua bahan bacaan kita kini berada di genggaman tangan pada bila-bila masa saja kerana  ianya tidak menyukarkan kita membawanya kemana sahaja selain tidak memerlukan kos yang besar untuk memilikinya malah bahan bacaan boleh dibuat bila-bila masa sahaja. Ebook juga merupakan bentuk dokumen digital yang bertepatan pada masanya. Di mana pengguna kini mahukan cara yang lebih mudah dan produktif untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka iaitu membaca.  Sesetengah perkara seperti kemampuan menempatkan penanda digital, membuat carian mengikut mukasurat terakhir yang dibaca, menandakan atau menambah nota serta banyak lagi boleh di lakukan dengan mudah menerusi kaedah digital berbanding buku bercetak.


Ebook juga turut di datangkan dalam bentuk aplikasi yang membenarkan pengguna untuk klik pada ikon buku dan mula membaca kandungannya. Aplikasi ini boleh dipasang pada desktop tablet, telefon bimbit, ipod dan sebagainya yang benar-benar member akses mudah di hujung jari  pengguna untuk membaca. Jika tidak mahu membaca atau merasakan buku tersebut kurang sesuai dengan citrasa, pengguna juga boleh memadam ia daripada koleksi buku yang di muatkan ke  peranti dan mula memuat turun bahan bacaan yang terbaru, semuanya dalam jarak capaian tangan.Selain itu, dari segi harga yang ditawarkan untuk ebook pula jika hendak di bandingkan dengan buku yang bercetak adalah jauh lebih rendah. Ini turut menjadi faktor pendorong kepada populariti ebook di dalam industri kerana pengguna mampu memiliki dua atau lebih bahan bacaan dalam satu harga buku versi bercetak.

Di Malaysia pula penggunaan  ebook semakin meningkat seiring  dengan peningkatan pengguna peranti tablet yang kini dianggarkan  seramai 70,000 pengguna terutamanya sejak peranti iPad dilancarkan pada tahun lepas dan ianya dijangkakan terus meningkat menjelang tahun 2012. Berdasarkan luasnya pasaran ebook ini sebuah syarikat penerbitan tempatan, Karna Dya Solution Sdn Bhd melangkah setapak ke hadapan dengan memulakan laman web iDya.com kursus sebagai portal ebook.  Portal yang setakat  hari ini sudah menyediakan 200 buku meliputi novel, novel grafik, dan novel motivasi bagi penggemar ebook di Negara ini. Walaubagaimanapun setakat ini portal ini baru  berada di peringkat pratayangan dan pengguna hanya dijangka boleh memuat turun koleksi ebook menjelang julai in. Antara novel yang telah di berikan format digital oleh syarikat ini ialah novel yang laris di jual seperti Bukan Tak Sudi, Sesuci Cinta, Apa Yang Ku Mahu dan Ini Buku Seram. Sebagai maklumat penuh buku yang dudah diberi format digital ini boleh di layari di laman iDya.com. Pengguna boleh memuat turun aplikasi untuk membaca ebook dan memilih buku yang ingin dibaca. Ia juga bleh dicapai dalam komputer  pribadida dilayari menggunaka peranti tablet


Dengan perkembangan dan populariti ebook yang sebegini besar, penerbit buku bukan sahaja boleh memandang digital secara serius tetapi mereka juga perlu mengambil pendekatan baru dalam penerbitan. Memikirkan kemungkinan satu hari nanti penerbitan buku fizikal akan menjadi lembab, penerbit sudah bersedia untuk beralih kepada bisnes penerbitan digital yang amat luas dan memberi peluang bisnes menggalakkan. Dalam sudut pandagan yang lain, industri ini seharusnya diraikan kerana ia kini telah menjadi sebahagian media utama lain yang sering di muat turun seperti muzik dan video talian. Individu perseorangan juga boleh merebut peluang dalam bisnes penerbitan digital dengan menulis dan menerbitkan sendiri buku elektronik. Ia boleh dibuat dengan mudah samaada berbayar mahupun percuma. Ebook peribadi ini boleh dijial dan di hebakan sendiri tanpa perlu terikat dengan mana-mana syarikat .


Berbalik kepada penggunaan ebook pula , bagi mereka yang mempuyai peranti pembaca buku elektronik, menyatakan mereka kini membaca 66% buku secara digital. Hal ini secara tidak langsung memungkinkan ramalan Forrester untuk ebook mencapai jualan sehingga $3bilion menjelang 2015 adalah tidak mustahil . Tambahan pula pembaca ebook sedia ada terdiri daripada mereka yang enegertik apabila melibatkan soal buku dan boleh disifatkan sebagai pengguna ebook tegar. Tambahan lagi Ebook mempunyai masa untuk berkembang dalam beberapa tahun ini kepada angka yang lebih besar, dengan kelebihan format digital yang boleh diluaskan untuk pelbagai kegunaan, ianya pasti boleh dicapai. Dengan penguasaan Tablet dan iPad  dalam pasaran computer pada hari ini pasti akan mendorong permintaan terhadap bahan bacaan berbentuk digital dan Pengguna akan memanfaatkan peranti mereka sepenuhnya, dan disitu ebook memainkan peranan yang sangat penting.


Akhir sekali, kehadiran ebook pada hari ini sememangnya memainkan peranan yang sangat besar terhadap perkembangan dunia semasa yang sentiasa inginkan aplikasi yang  serba pantas dan mudah untuk membantu menyempurkan kehidupan mereka seharian namun setiap perkara atau benda yang direka atau dicipta pasti ada pro dan kontranya.  Begitu juga dengan gelombang kepopularitian ebook ini yang dijangka akan terus memberi kesan terhadap penjualan dan penggunaan buku serta bahan bacaan yang bebentuk fizikal. Namun begitu penggunaan buku fizikal, mungkin masih lagi  mendapat tempat di hati mereka yang  ingin memiliki bahan bacaan ini sebagai untuk  mengisi ruang rak simpanan buku-buku kegemaran mereka untuk dijadikan koleksi dalam bentuk fizikal berbanding bentuk ebook kerana ianya lebih memberi perasaan atau nilai yang berbeza yang tidak terdapat  apabila memilki ebook atau dokumen digital yang lain. Oleh kerana itu kesimpulannya disini, mungkin industri penerbitan buku akan terjejas dengan kehadiran ebook ini namun ianya  masih belum mampu untuk menamatkannya. Walaubagaimanapun ebook akan terus mempunyai tumpuan pasaran tersendiri dan akan terus meningkat jumlah penggunaanya di seluruh dunia .

No comments:

Post a Comment

Loading...