selamat datang










Monday 2 May 2011

Osama Mati Di bunuh Tentera A.S

Salam..


Tengahari ini saya di kejutkan dengan berita kematian seorang pejuang militan Islam yang paling dikehendaki dibarat iaitu Osama Bin Laden. Kematian ini telah disahkan oleh presiden A.s Barack Obama sebentar tadi menerusi televisyen negara itu melalui pidato televisyen yang dibuat kepada umum di dalam satu sambutan singkat di Rumah Putih . Dalam baris ucapan pertamanya Barack Obama mengatakan bahawa beliau sekarang dapat melaporkan kepada rakyat Amerika dan dunia bahawa Amerika Syarikat telah melakukan satu operasi yang berjaya menewaskan Osama bin Laden. Menurutnya lagi Kematian Osama Bin Laden adalah hasil dari operasi AS dilancarkan hari ini di Abbottabad, Pakistan, Serangan itu telah dilakukan selepas melalui satu risikan yang telah di buat oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) A.S. Di mana  mereka telah mengesan lokasi pesembunyian Osama  bin Laden di sebuah rumah besar yang dikelilingi tembok setinggi empat hingga enam meter dengan dawai berduri. Di dalam operasi itu telah berlaku adegan tembak menembak, dimana sebuah pasukan kecil tentera Amerika ( komando) telah berjaya membunuh Osama bin Laden. Dikatakan Osama Bin laden telah ditembak di kepala dan pegawai A.S telah mengesahkan identiti pemimpin tersebut berdasarkan rupanya, namum status sebenar DNA mayat masih belum diumumkan.
Presiden A.s turut itu mengatakan operasi perisikan AS itu telah bermula sejak menerima menerima maklumat mengesan Osama Bin Laden pada bulan Ogos yang lepas lagi ,dan kemuncaknya adalah dengan tercetusnya serangan pada hari semalam oleh sepasukan kecil tentera Amerika selepas mendapat lampu hijau dari Barack Obama untuk melakukan operasi serangan terhadap osama bin Laden. Menurut Obama lagi. "Tidak ada tentera Amerika dan orang awam yang terkorban dalam serangan itu. Hal ini kerana Tentera Amerika telah mengambil langkah berjaga-jaga dan keselamatan bagi mengelakkan korban awam. " Namun dilaporkan sebuah helipkopter milik Tentera A.s telah terhempas akibat masalah teknikal ketika melancarkan serangan ke tempat persembunyian Osama.
  Osama Bin Laden dan tali barutnya  di rangkaian kumpulan Al- Qaedah  sebelum ini telah menjadi buruan A.s sejak serangan 9 / 11  selepas mengaku bertanggujawab keatas satu serangan terburuk terhadap rakyat Amerika dalam sejarah Amerika iaitu serangan terhadap  Menara Berkembar WTC dan Pentagon pada 11 september  2001 yang mengorbankan hampir 3000 orang. Berikut antara petikan Obama dalam ucapannya semalam
"Tonight, let us think back to the sense of unity that prevailed on 9/11,” and. “I know that it has, at times, frayed. Yet today’s achievement is a testament to the greatness of our country and the determination of the American people."
Hmm tetapi bagi saya walaupun Osama Bin Laden telah berjaya dibunuh namun sudah pasti di pemikiran RakyatAmerika dan sekutunya itu bukan satu titik nokhtah kepada pegerakan Al-Qaedah.. Sudah pasti tentera Amerika dan rakyatnya sedang dalam ketakutan menanti serangan balas yang mungkin lagi dasyat daripada serangan pada tahun 2001.  Walaubagaimanapun saya mengharapkan peperangan antara dua dunia ini telah berakhir selepas kematian Osama ini. Amerika pula harus menunaikan janjinya sebagai pengaman dunia dan di harap tiada lagi serangan yang dilancarkan dengan menggunakan alasan mencari Osama!!

No comments:

Post a Comment